PN Komited Bela Rakyat


DUNGUN - Parti-parti yang bergabung di dalam Perikatan Nasional (PN) bekerjasama erat untuk membela rakyat yang terjejas pendapatan mereka, setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Timbalan Ketua Wanita PN Dungun, Khairiah Mokti berkata, Muslimat PAS dan Serikandi Bersatu berganding bahu demi memastikan rakyat yang terkesan mendapat bekalan keperluan harian. 

"Kerjasama antara kedua-dua sayap kiri parti itu telah berjaya menyediakan sumbangan Bakul Makanan untuk 50 orang penerima di Dungun," ujarnya,. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil Buletinonline selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan Wanita PN di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rantau di sini pada 4 Jun. 

Pada majlis itu seramai 16 orang penerima daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang telah menerima sumbangan tersebut. 

Turut hadir di majlis ringkas itu ialah Ketua Srikandi Bersatu, Azlinawati M. Alwi dan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Rugayah Mahmood yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Dungun. 

Oleh itu, beliau yakin, usaha kepimpinan PN termasuk Pakej Bantuan Pemulihan Ekonomi Nasional untuk perlindungan rakyat Malaysia, dapat memberi manfaat sepenuhnya. 

"Kita berharap dengan bantuan ini dapat membantu rakyat sekurang-kurangnya meringankan masalah yang dihadapi apabila tidak dapat keluar bekerja dan terputus punca pendapatan di musim PKP ini", katanya.

Ulasan