Rayuan Sumbangan Untuk Murabitun


KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, bagi pihak seluruh kepimpinan PAS negeri dan warga pusat pendidikannya, memohon dan merayu sumbangan serta infaq untuk para 'Murabitun'. 

Pesuruhjayanya Dato' Ustaz Husain Awang berkata, ia bagi membantu para 'Murabitun' yang terkesan dengan pelaksanaan PKP ekoran wabak Covid-19.

"Sebagaimana yang sedia kita maklum bahawa Parti Islam Se Malaysia (PAS) mempunyai kakitangan dan pegawai-pegawai  yang bekerja sepenuh masa yang dinamakan murabitun. 

"Mereka bertugas  di bidang pendidikan  bermula dengan PASTI, sekolah rendah yang dinamakan DAR-DAR yang berada di setiap daerah di seluruh negeri Terengganu," ujar beliau dalam satu kenyaataan media. 

Beliau berkata, masalah yang sedang dihadapi  oleh pusat pendidikan tersebut ialah kekurangan dana  untuk membiayai elaun  kepada semua kakitangan  dan juga guru-guru  yang sedang bertugas.

"Kekurangan ini berlaku akibat daripada penutupan  sekolah-sekolah daripada PKP dan pendemik Covid-19." jelasnya. 

Menurutnya, semua sumbangan kewangan boleh dibuat melalui akaun bank CIMB ISLAMIC nombor akaun 8602853941. 

"sumbangan infaq daripada saudara dan saudari sekalian  dan didoakan semoga sumbangan saudara saudari itu  akan diganjari oleh Allah SWT," tambah beliau. 


Ulasan