SELVAX Bukan Program Kerajaan Pusat


Untuk pengetahuan semua, Program SELVAX bukanlah sebahagian dari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (National COVID-19 Immunisation Programme) percuma yg di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Persekutuan.

Pada hujung Julai, Pharmaniaga akan menyelesaikan penghantaran terakhir dari 12 juta dos vaksin Sinovac yang ditempah Persekutuan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. 

Pharmaniaga sudah boleh membuat penghantaran kepada tempahan selain Kerajaan Persekutuan selepas melengkapkan penghantaran semua vaksin Sinovac untuk program Vaksinasi percuma kerajaan Persekutuan. 

Ini termasuklah apa yang saya difahamkan bekalan Vaksin Sinovac yang ditempah oleh Selangor untuk Program SELVAX 

Mulai Ogos 2021, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yg percuma hanya melaksanakan suntikan vaksin jenis Pfizer selain melengkapkan suntikan kedua Sinovac bagi yg sudah menerima dos pertama Sinovac.

Kerajaan Persekutuan telah membeli bekalan dos vaksin yang cukup untuk 120% daripada penduduk Malaysia.

Dari jumlah itu,70% adalah Vaksin jenis Pfizer, 18.75% jenis Sinovac, 10% Astrazeneca dibeli terus dari Astrazeneca, baki adalah Astrazeneca dan Johnson n Johnson yg dibeli dari fasiliti COVAX dan sebanyak 3.5juta dos Vaksin SATU dos jenis CanSino.

JKJAV  dengan operasi Vaksinasi yang dipertingkatkan di Lembah Kelang dengan sasaran suntikan harian 272,000 dos setiap hari, imuniti kelompok di Lembah Klang boleh dicapai dengan 80% menerima 2 dos lengkap dalam tempoh 1 bulan.

Malaysia telah mencapai kadar Suntikan Harian perkapita Tertinggi di dunia dengan angka terakhir pada 15 Julai 2021 sebanyak 460 ribu suntikan.

Untuk sepanjang Julai, Malaysia akan menerima bekalan Vaksin sebanyak 16 juta dos.


Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim

Timbalan Menteri

Sains, Teknologi dan Inovasi

17 Julai 2021

Ulasan