Serangan Roket Meningkat Sekiranya Dana Qatar Tidak Masuk


 Hamas akan meningkatkan serangan roket di perbatasan jika penjajah Zionis tidak membenarkan dana Qatar masuk ke Semenanjung Gaza pada akhir minggu in.

Sumber dari Hamas memberitahu akhbar Lebanon, mereka akan bertindak, jika tidak ada perubahan pada situasi semasa mengenai penghantaran dana itu 

"mungkin mendorong beberapa pihak pejuang Gaza untuk melancarkan roket di wilayah yang diduduki selatan," menurut sumber itu.

Sumber dalam kumpulan Penentangan Palestin berkata demikian kepada surat khabar Lebanon Al-Akhbar pada hari Khamis.

Mereka memberi tempoh kepada penjajah Israel sehingga akhir minggu untuk memasukkan wang tersebut.

Selain itu, kumpulan pejuang Gaza juga  menuntut agar pintu sempadan dibuka sepenuhnya dan bekalan bangunan sampai di Jalur.

"atau jika tidak peningkatan tentangan akan menjadi sengit di sepanjang perbatasan, dan ia akan mengambil bentuk lain yang lebih besar dan lebih luas." tambah sumber tersebut.

 Dalam beberapa tahun kebelakangan ini Qatar telah menyumbang beratus-ratus juta dolar tunai untuk membolehkan pihak berkuasa Gaza membeli bahan bakar untuk loji kuasa di Jalur, membayar gaji penjawat awam, dan memberikan bantuan kepada puluhan ribu keluarga miskin.

 Seorang pegawai yang biasa dengan perundingan itu memberitahu The Times of Israel bulan ini bahawa pihak berkuasa pendudukan telah memberitahu orang tengah Mesir bahawa ia tidak akan lagi membenarkan wang Qatar masuk, seperti yang telah dilakukan sebelumnya.

Ulasan