Taliban Dakwa Kuasai 85% Afghanistan

 


Taliban mendakwa pada hari Jumaat bahawa mereka telah menawan 85 peratus wilayah di Afghanistan, kesempatan yang diambil pejuang itu apabila NATO menarik keluar pasukannya daripada negara bergolak tersebut. 

Sebaliknya, perisytiharan Taliban dinafikan pegawai pemerintah dan menyifatkan kenyataan itu sebagai sebahagian daripada kempen propaganda.

Namun Taliban telah berjaya menguasai Torghundi, daerah penting di wilayah Herat, tempat tinggal puluhan ribu minoriti Syiah Hazara.

Seorang pegawai Afghanistan mengesahkan bandar utara bersempadan dengan Turkmenistan, telah ditawan oleh Taliban semalam. 

Kemaraan pesat Taliban ada berikutan pasukan asing, termasuk Amerika Syarikat, menarik diri setelah hampir 20 menjajah Afghanistan. 

Jurucakap kementerian dalam negeri Tareq Arian berkata, usaha sedang dilakukan untuk mengeluarkan Taliban dari kedudukan mereka dikawasan yang baru ditawan. 

Pemerintah Afghanistan telah berulang kali menafikan Taiban mendapat keuntungan daripada penguasaan baharu mereka. 

Namun hakikatnya, ia mempunyai nilai strategik, termasuk bandar sempadan dan kawasan kaya mineral, kemungkinan akan mengisi tabung dan sumber kewangan kumpulan bersenjata dengan sumber pendapatan baru.

Dengan serangan Taliban keatas sebagian besar utara Afghanistan dalam beberapa minggu terakhir, pemerintah terpaksa memperkuatkan keselamatannya dan mempertahan ibukota provinsi melalui pasukan udara.

Pejuang Taliban juga menyerang sebuah penjara di pinggir kota Kandahar di selatan, ibu kota bekas kubu wilayah, pada hari Jumaat.

"Taliban cuba masuk ke penjara di sana.  Pertempuran berlanjutan dan kami telah mengerahkan bala bantuan termasuk pasukan khas untuk membersihkan kawasan itu, ”kata jurucakap polis Kandahar, Jamal Naser Barekza.

Ratusan anggota keselamatan dan orang awam Afghanistan melarikan diri menyeberangi sempada ke negara jiran Iran dan Tajikistan, menyebabkan kebimbangan Rusia dan negara-negara berdekatan bahawa Taliban dapat menyusup ke Asia Tengah.

Tiga pegawai Taliban yang berkunjung, berusaha untuk mengatasi masalah tersebut semasa lawatan ke Moscow pada hari Jumaat. - sumber AJE

Ulasan