Tambah Segera Vaksin Untuk Dungun


Oleh : Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN - Pemuda PAS Dungun menggesa agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)  segera menambah jumlah bekalan vaksin  bagi mempercepatkan jadual pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang agak perlahan di daerah itu.  

Ketuanya, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli, pihaknya amat kecewa dengan peratusan yang menerima vaksin paling rendah sedangkan Dungun merupakan yang ketiga teramai penduduk di Terengganu. 

"Kita akan cuba menghubungi Timbalan Menteri MOSTI, YB  Datuk Ahmad Amzad Hashim untuk mendapatkan tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi. 


Tambahan lagi, kata beliau, peningkatan ketara penduduk yang disahkan positif Covid-19 di daerah ini amat membimbangkan. 

"dua mukim diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di Mukim Sura dan Mukim Kuala Dungun dan setiap hari ada sahaja Kluster baharu, " jelasnya. 

Justeru kata beliau, mewakili seluruh golongan muda dalam parlimen Dungun juga, sewajarnya pihak kerajaan memberi perhatian serius.

Ulasan