600 Kilo Ikan Kepada 288 Keluarga

 


KUALA TERENGGANU - PAS Hulu Besut mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan sebanyak 600 kilogram ikan kepada 288 buah keluarga, sekitar Kampung Bukit China dan Kampung Masin. 

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, hari ini, kedua-dua kampung itu dikenakan PKPD bermula 16 sehingga 30 Ogos 2021. 

"berikutan ramai di kalangan penduduk yang positif Covid-19 PKPD telah dilaksanakan, agihan sumbangan ini telah diselaraskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Khidmat Masyarakat ((PKM) Hulu Besut." ujarnya. 


Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sumbangan tersebut, khususnya kepada  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri YB Dr Azman Ibrahim, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu.

"Bagi pihak MTD dan penduduk saya mengucapkan berbanyak terima kasih. Semuga bebanan penduduk yang terkurung dapat diringankan sedikit." katanya. 

Beliau berharap penduduk mematuhi SOP yang ditetapkan dan sama-sama berdoa semuga pandemik cepat berlalu.


Ulasan