Presiden Turki dan Rusia bersetuju untuk "memperkuat koordinasi dua hala dalam isu Afghanistan," kata Kremlin dalam satu kenyataan.
Recep Tayyip Erdogan dan Vladimir Putin membincangkan keadaan di Afghanistan dalam satu panggilan telefon pada hari Sabtu.
"Kedua-dua bersetuju untuk "memperkuat koordinasi dua hala dalam isu Afghanistan," kata Kremlin dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu, mereka menekankan pentingnya memastikan kestabilan, keamanan, dan ketenteraman di negara Afghanisfan.
"Erdogan dan Putin bersetuju bahawa usaha memerangi keganasan dan perdagangan dadah mesti menjadi keutamaan,
"Kedua-dua juga berbicara mengenai hubungan dua hala, termasuk kerjasama perdagangan dan ekonomi, dan kolaborasi dalam sektor tenaga," menurut kenyataan itu lagi.
Kenyataan media Kremlin jha menyebut, mereka juga bertukar takziah atas kecelakaan pesawat pemadam kebakaran Rusia di Turki minggu lalu, di mana tiga tentera Turki dan lima anggota tentera Rusia terbunuh. - AA
Ulasan