'Food Bank' MTD Kijal Salur Bantuan


 Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kijal menyalurkan bantuan kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sungai Mas dan Kampung Tebak menerusi 'Food Bank'nya.

Pengarahnya Ustaz Hazri Jusoh ketika ditemui di sekatan PKPD di Padang Kubu kelmarin menyatakan terima kasihnya kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat dan individu perseorangan yang menyumbang.

"Ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang prihatin membantu mereka yang ditimpa musibah melalui 'Food Bank' yang kita lancarkan baru-baru ini.

"Kita masih memerlukan sumbangan daripada semua syarikat Koperat, NGO dan individu bagi sama-sama kita membantu mereka yang terlibat," katanya.


"Marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajat kepada Allah agar pendemik Covid19 ini segera berakhir di negeri dan negara kita," serunya.

PKPD di Padang Kubu yang melibatkan beberapa buah kampung telah masuk hari yang ke lima dalam pelan pemulihan Covid19 di Kemaman yang dijangka berakhir pada 13 Ogos nanti.

Mana-mana yang ingin menyumbang kepada 'Food Bank' ini boleh berhubung dengan Ketua Kebajikan MTD Kijal, Zawawi Mohamed ditalian 014 6448558, atau terus masukkan ke akaun Bank Muamalat, MTD Kijal - 13020000030718.


Ulasan