Hayati Hijrah Dan Hadapi Covid-19


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersempena Maal Hijrah 1443 supaya seluruh rakyat turut melakukan hijrah dalam mendepani COVID-19. 

Di dalam titah tersebut, Baginda Tuanku mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bekerjasama dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik. 

Bagi menjayakan peralihan negara secara menyeluruh yang dijangka hujung tahun ini, semua pihak perlu memainkan peranan sebaiknya. Kita juga bertanggungjawab untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi membentuk imuniti kelompok. 

Dalam kita diuji dengan pandemik ketika ini, jangan lupa untuk menghargai pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus berkhidmat untuk negara. 

PAS  juga menyambut baik titah Baginda Tuanku yang menyeru seluruh rakyat agar  mengukuhkan perpaduan, menjaga kesihatan dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselematan Negara (MKN). 

'Islam Memperkukuh Perpaduan'


YB Senator Ustaz Idris Hj Ahmad

Naib Presiden PAS

Ahli Dewan Negara 

11 Ogos 2021 | 2 Muharram 1443

Ulasan