Jangan Bimbang, Pasar Telah Disanitasi


DUNGUN - Penduduk sekitar bandar ini tidak perlu bimbang untuk membeli belah di Pasar Besar kerana premis itu telah di sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) . 

Namun begitu, Pengerusi Lujnah Mobilisasi PAS Dungun, YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan sepenuhnya. 

"Untuk makluman, kawasan ni telah pun disanitasi oleh pihak JBPM. Dan petang esokpun inshaAllah pihak JBPM akan buat sekali lagi sanitasi sekitar kawasan Pasar Dungun ni, 

"Pokcik mokcik, dok perlu bimbang dah. Cuma perkara wajib dan sangatlah Cikgu harap, patuhlah SOP dengan sebaiknya. Sama ada penjual atau pembeli, wajib sentiasa pakai mask dan bawaklah 'sanitizer'." jelas beliau.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura itu, beliau sudah dimaklumkan tentang masalah tersebut berikutan para pengguna masih bimbang kerana pernah ada kes jangkitan Covid-19 di kawasaan berkenaan.

"Tambah lagi Dungun ni masih lagi PKPD. Orang tak keluar rumah, pasar buka doh..tapi tak dok orang mari beli pasor orang takut lagi rasanya nak mari." kata beliau, dalam laman sosialnya semalam. 

Justeru itu, kata beliau, banyak hasil laut; ikan, sotong, udang yang segar bersusun di atas meja penjual kerana kurang pembeli. 

"Cikgu yakin, kalau kita benar-benar ikut apa yang disarankan, semuanya akan jadi mudah dan berjalan lancar seperti sediakala." tegasnya. 

Ulasan