KUALA TERENGGANU - PAS menggingatkan orang ramai, agar gambar Jabatan Amal Malaysia (JAM) sedang solat semasa membaiki sistem perpaipan di Jerai yang tular di media sosial tidak dijadikan 'gurauan'.
Timbalannya, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak mempermain-mainkan soal tersebut, sangat tidak bertanggungjawab serta biadap.
"kerana Daripada Mu'az Bin Jabal menyebut bahawa Nabi SAW bersabda pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya ialah solat dan kemuncaknya adalah jihad.
"Ia didirikan setelah memenuhi syarat dan rukun walaupun ketika berada samada di lautan, hutan, udara hatta di angkasa lepas sekalipun, paling penting adalah menjaga solat," ujarnya melalui kenyataan di laman sosialnya, pada hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim turut menempelak pihak yang menjadikan gambar solat itu sebagai modal politik murahan.
"Tengok orang sembahyang kat air terjun pun pelik tak tengok lagi gambar orang solat 'syiddatul khauf'. Kalau dia tengok dia kata ini ajaran agama mana pula?
"Sembahyang dalam satu jemaah tetapi ada sebaris sedang sujud, satu baris lagi duduk dan satu baris yang lain bangun. Maka dia akan kata paling 'koman' inilah 'pesen' sembahyang tiga imam.
'Awe...Pok Cik nak royat. kalu bodo gi ngaji (belajar). Jangan tunjuk ke orang 'bodo' kita. Malu (kepada) anak cucu kekgi (nanti)," katanya sinis.
Seorang lagi AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor pula berkata tidak pelik jika PAN mentertawakan hal berkenaan.
"Namun bila kelompok juga cuba mengulas gambar anggota Amal sedang bersolat di kawasan air terjun itu maka saya merasa terpanggil dan wajib mempertahankan anak-anak muda berbaju merah merun ini.
"Barangkali mereka tidak pernah menatap potret anggota unit Amfibia Briged Al Qassam solat berjemaah di dalam air saat melaksanakan tugasan.
"Tebalnya kebencian mereka sehingga menenggelamkan kewarasan bahkan ilmu yang mereka pelajari," ujarnya.
Sedangkan katanya aset kepada PAS itu sentiasa berada di barisan hadapan dalam melakukan kerja-kerja kebajikan kerana prinsipnya adalah beramal kerana Allah sebagaimana membantu mangsa banjir di Kedah.
"Mereka seperti dibius keseronokan membantu umat dipelbagai situasi dan kondisi," ujarnya lagi.
Ulasan