Kekal Kerajaan Fokus Strategi Pelan Pemulihan


 PAS konsisten memberikan sokongan sepenuhnya kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekaligus mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memberi fokus menangani wabak COVID-19.


Kerajaan sedang memberi fokus sepenuhnya kepada strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan sepatutnya ia tidak boleh diganggu dengan sebarang campur tangan politik yang cuba melambatkan peralihan keluar negara daripada kemelut pandemik ini. 

 

Kejayaan demi kejayaan telah dicapai terutamanya kadar vaksinasi yang konsisten mencapai 500,000 suntikan sehari. Terbaru, YAB Perdana Menteri juga mengumumkan tiga buah negeri telah beralih ke fasa tiga PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. 


PAS bersiap sedia memberikan bantuan di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara melalui Jabatan Amal Malaysia (JAM) sebagai komitmen bersama para petugas barisan hadapan yang berkhidmat untuk negara.


'Islam Memperkukuh Perpaduan' 


 Senator Ustaz Idris Bin Ahmad

Naib Presiden PAS

Ahli Dewan Negara

3 Ogos 2021 | 23 ZUlhijjah 1442


 

Ulasan