'Keluarga Malaysia' Tuntut Kebersamaan, Muafakat


KUALA TERENGGANU - 'Keluarga Malaysia' menuntut kebersamaan, muafakat dan sepakat serta perpaduan semua pihak dalam menghadapi segala situasi. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pendekatan baru 'Keluarga Malaysia' tepat pada masanya di saat krisis politik dan kesihatan serta gelora ekonomi sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

"Saya mengikuti ucapan sulung yang sangat menarik oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Yaakob sebentar tadi.

"Pendekatan baru Keluarga Malaysia merujuk kepada pemimpin dan rakyat Malaysia keseluruhannya, " ujar beliau dalam satu kenyataan media. 

Selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus, beliau menegaskan kebersamaan dengan kerajaan yang mengutamakan kebajikan dan muafakat rakyat. 

"Semua pihak juga diseru bersatu kembali melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat." tegasnya. 

Justeru, katanya, saranan kerjasama rentas parti yang turut ditawarkan oleh beliau kepada parti pembangkang melalui Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19, sangat wajar disahut oleh pembangkang. 

" Semoga Malaysia terus dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Ayuh kita bersama menjadikan negara yang kita cintai ini lebih baik dan diredhai oleh Allah SWT." tambah beliau. 

Ulasan