Kerajaan PN Model Terbaik Pemerintahan


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diiktiraf terbaik sepanjang pemerintahannya dan menjadi model, menterjemahkan erti prihatin kepada seluruh rakyat. 

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Datuk Haji Amzad Hashim berkata, tidak pernah lagi wujud kerajaan seumpama, Sepanjang negara mengecapi kemerdekaan.

Oleh itu, kata beliau, tiada masalah untuk PN meneruskan agenda kebajikan rakyat, jika ditakdirkan kembali memerintah.

"Dalam tempoh begitu singkat begitu banyak bantuan telah disampaikan kepada rakyat, dimana sebelum ini kita pernah dengar ke menteri-menteri potong gaji atau tidak mengambilnya selama lima bulan?

"Jadi ini merupakan perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang menunjukkan bahawa kita mempunyai kerajaan menjiwai rakyat," ujarnya.

Mantan Timbalan Menteri MOSTI itu bagaimana pun memohin maaf terhapap apa-apa kekurangan, kelemahan dan kesilapan. 

"telah cuba yang terbaik, sentiasa peka dan mendengar serta sudi menerima teguran untuk perbetulkan mana-mana yang perlu diperbetulkan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau optimis program vaksinasi kebangsaan dijangka mencapai matlamat yang ditetapkan. 

"bekalan vaksin mencukup bagi memastikan negara akan bebas daripada ancaman pandemik tidak berapa lama lagi.

"apabila kami tinggalkan dalam keadaan telah jelas usaha dilakukan itu maka kita berlapang dada. Insya-Allah kalau ikut perancangan dua bulan selepas Oktober kita dah boleh bubar CITF (Jawatankuasa Petugas Khaa Imunisasi Covid 19) dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja, " jelas beliau


Ulasan