Krisis Tunisia: Pegawai Kanan Ennahdha, Ditahan Dalam Rumah

 

Anouar Maarouf

Seorang pegawai kanan dari parti Islam Tunisia, Ennahdha, telah ditahan di rumah kerana didakwa menyalahgunakan kuasa.

 Anouar Maarouf menjadi anggota parti paling terkemuka, menjadi sasaran sejak Presiden Kais Saied yang telah memecat perdana menteri dan menggantung parlimen pada 25 Julai lalu. 

Ennahdha yang menyifatkan tindakan Presiden sebagai satu rampasan kuasa menyatakan, Maarouf hanya dimaklumkan oleh pasukan keselamatan bahwa dia telah ditahan di rumah. 

"tanpa diberikan perintah yang yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri seperti yang ditentukan oleh undang-undang", kata pihak Ennahdha dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

 "Itu adalah keputusan wenang yang mempengaruhi hak pergerakan, perjalanan dan kebebasan berekspresi." tambah kenyataan itu. 

Ennahda juga menyatakan, peguam parti itu akan mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Pentadbiran Tunisia. 

Presiden Kais Saied


Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri belum memberikan komen mengenai kenyataan tersebut. 

Maarouf ialah Menteri Komunikasi dan Teknologi dari 2016 hingga 2020, sebaliknya Presiden Saied mendakwa kementerian itu dimanipulasi oleh parti-parti politik untuk keuntungan mereka sendiri.

Walaupun pergerakan Saied 'melakukan rampasan kuasa' bulan lalu tampaknya mendapat sokongan popular, namun rakyat mula mempersoalkan mengenai peralihan demokrasi di Tunisia. 

Satu dekad lalu, negara itu telah ia menggerakan kebangkitan rakyat dan menggulingkan pemerintahan autokratik dalam revolusi 'Arab Spring' pada 2011.

'Kudeta' Saied telah menahan beberapa ahli politik dan pegawai dan ramai lagi yang sedang disiasat. 

Saied telah bergerak mengawal langsung Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Teknologi, memecat menteri yang bertanggung jawab. 

 Minggu ini, beliau berkata, tidak akan menerima menteri komunikasi dan teknologi masa depan yang dikaitkan dengan parti politik kerana katanya, mungkin membolehkan parti itu menguasai data rakyat.

Ulasan