Masalah Bekalan Air; PAS Bertindak Sejak Hari Pertama

Anggota Jabatan Amal, bertungkus lumus, siang dan malam, sejak hari pertama

KUALA TERENGGANU - PAS Bukit Tunggal telah mengambil tindakan segera sejak hari pertama krisis bekalan air berlaku dengan menyediakan tiga buah lori yang dimuat tangki sebelum disalur kepada 10 lokasi kritikal berhampiran kediaman penduduk terjejas.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal YB Dr Alias Razak berkata, hari keempat misi bantuan air bertumpu di Kampung Banggol Air Lilih dan Taman Desa Jaya, Gong Pak Damat, melibatkan kira-kira 600 akaun pengguna.

"Kenderaan 4x4 juga turut disedia bagi penghantaran bekalan air rumah ke rumah untuk warga emas dan mereka yang keuzuran.

"InsyaAllah, pihak kerajaan akan memastikan bekalan air tidak akan terputus dan sentiasa mencukupi sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan paip di dasar Sungai Terengganu." ujar beliau yang juga ADUN kawasn tersebut dalam satu kenyataan media, semalam.



Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berharap agar penduduk yang terjejas, bersabar menghadapi situasi di luar jangka itu.

"Kami mendoakan mereka terlibat agar dikurniakan kesabaran dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penyelaras Pemuda PAS Bukit Tunggal, Jabatan Amal dan sukarelawan.

" Terima kasih tidak terhingga juga kepada JPKK setempat dengan kerjasama yang erat oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) serta Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Tunggal bagi menjayakan misi ini." tanbah beliau

Ulasan