Muslimat Dungun 'Susah Senang' Bersama Rakyat

 


Oleh : Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN - Memahami  kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat dengan pelbagai rantaian masalah kesan daripada pandemik Covid-19, Muslimat PAS Dungun bersedia untuk berkongsi 'susah senang' bersama mereka. 

Ketuanya, Khairiah Mokti berkata, menjadi kewajipan kepada Muslimat untuk turut menghulurkan bantuan semampu mungkin dengan dana yang ada dan sumbangan orang ramai.

"Walaupun mungkin tidak sebesar mana pemberian kami namun diharap dapat membantu melegakan dan menampung sedikit bebanan mereka," ujarnya. 

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan sumbangan barangan basah keperluan dapur; seekor ayam, cili.merah, bawang besar, bawang putih, cili boh, kobis serta susu formula bayi serta lampin pakai buang kepada 30 orang penerima di DUN Rantau Abang pada 1 Ogos di sini. 

Menurutnya pihaknya memperuntukkan 30 orang penerima setiap DUN dan sehingga kini DUN Rantau Abang dan DUN Sura sudah diselesaikan, manakala Bukit Besi serta Paka akan menyusul.


"Sementara itu Ameerah Dungun turut menyumbang lampin pakai buang dan susu formula kepada ibu-ibu muda yang ada anak-anak kecil," ujarnya.

Beliau turut mengalu-alukan jika ada orang perseorangan yang turut ingin berkongsi rezeki dengan menyumbang ke akaun Bank Islam, Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun yang bernombor 13044010034982. 

Dalam pada itu,  beliau turut berharap orang ramai  bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian pandemik Covid-19. 

"Jika terpaksa keluar jaga SOP(Prosedur Operasi Standard) yang  telah ditetapkan. 

"Disamping kita mengharapkan supaya semua kita melakukan munajat pada Allah supaya Covid-19 ini cepat berlalu, " pesannya lagi.

Ulasan