PAS Bukan Hanya Parti Siasah


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - PAS bukan hanya parti siasah tetapi ia adalah sebuah organisasi dakwah dan tarbiah yang mengambil berat kebajikan rakyat, termasuk masyarakat bukan Islam.

Menyedari ramai di kalangan mereka yang terjejas, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Dungun, Puan Serena Lim Abdullah, mengambil inisiatif mengagihkan sumbangan bakul makanan. 

Katanya, pandemik Covid-19 tidak mengenal kaum dan ugama, bahkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjejaskan kehidupan ahli perniagaan. 

"Sumbangan ini adalah sebagai tanda PAS juga mengambil tahu kesusahan yang mereka hadapi," ujarnya ketika dihubungi semalam 22 Ogos. 

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun menyampaikan agihan bantuan tersebut.


Menurutnya, seramai 10 keluarga kaum Tionghua yang tinggal di Seberang Pintasan, menerima sumbangan masing-masing. 

Sebelum itu, kata Serena, PAS turut menghargai mengiktiraf  para pelajar Tionghua yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) 2020. 

"Pada 12 Julai lepas, seramai tujuh orang yang berjaya mendapat 9A hingga 7A, sebagai tanda tumpang gembira, Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli telah menyampaikan hadiah yang berbentuk wang dan juga hamper buah," jelasnya. 

Selain itu, kata beliau, PAS juga telah menganjurkan program 'Back To School' dengan menghadiah set alat tulis kepada 300 orang pelajar di tiga buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, dalam Kawasan Dungun. 

" Untuk kakitangan dan guru-guru sekolah berkenaan kita hadiahkan 30 kotak pelitup muka di setiap sekolah. 

" Kita juga tidak melupakan warga emas dimana kita telah menziarahi Mr. Wong Hing Koong berusia 74  yang telah dipotong kaki disebabkan kes kencing manis," jelasnya.

Ulasan