PAS Hargai Kepercayaan Perdana Menteri

 

PAS mengucapkan terima kasih dan menghargai kepercayaan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, kepada PAS dengan melantik tiga orang Ahli Parlimen PAS sebagai Menteri Persekutuan dan lima orang sebagai Timbalan Menteri dalam pembentukan kabinet baru hari ini.

PAS memberi jaminan akan memastikan wakil-wakilnya sama ada di dalam Kerajaan mahupun penyokong Kerajaan memberikan komitmen terbaik membantu segala dasar yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri ke arah mencapai matlamat memulihkan negara terutamanya dalam aspek kesihatan, ekonomi, sosial dan perpaduan rakyat.

PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri yang berkonsepkan ‘Keluarga Malaysia’ merentasi agama, bangsa, suku kaum dan fahaman politik akan mampu menggarap seluruh tenaga di dalam dan di luar kerajaan untuk masing-masing berperanan ke arah mencapai tahap negara aman, sejahtera dan adil untuk semua.

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 27 Ogos 2021

Ulasan