PAS Kedah Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Negeri Terengganu


KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah mengucapkan terima kasih dan menghargai sumbangan berjumlah RM165, 000 yang diberikan rakyat negeri Terengganu untuk 'Tragedi Kepala Air".

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah YAB Muhammad Sanusi Md Nor berkata, wang tersebut akan digunakan membantu masyarakat di daerah Yan dan Kuala Muda yang terkesan bencana banjir tersebut.

"Terima kasih di atas ketulusan hati rakyat negeri Terengganu yang telah menyumbang melalui Khidmat Malaysia.

"Dan hari ini telah sampai ke Kedah sebanyak RM165 ribu untuk kita gunakan sebagai untuk bantu rakyat yang terkesan" jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan rombongan PAS negeri Terengganu, diketuai Ketua Penerangannya YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bersama  Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Terengganu YB Haji Hanafiah Mat, pada Ahad 22 Ogos.

Menurutnya, PAS kedah juga terharu dengan keprihatinan segera Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, dengan masalah menimpa rakyat negeri Kedah.

"Saya rakamkan jutaan terima kasih, orang Kedah kata, terima kasih daun keladi. kalau ada wat mai lagi.

"Insya Allah kami akan manfaatkan sebaik mungkin sumbangan yang telah disampaikan ini untuk membantu rakan -rakan di daerah Yan dan Kuala Muda, terima kasih sekali lagi," ujar Sanusi.

Ulasan