'Penghulu Segala Hari' Mengiringi Pemergian Ayoh Ku


DUNGUN - Sesungguhnya, kematian itu dekat dengan kita dan pada hari Jumaat, penghulu segala hari, menerima berita 'kepulangangan' Che Ku Mat Salleh bin Da (Ayoh Ku) insan yang banyak berjasa kepada PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.

Pengararah DUN Haji Ghazali Sulaiman berkata, 'Ayoh Ku' telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sultamah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Katanya, pemergian Ayoh Ku merupakan kehilangan besar buat keluarga DUN tersebut.

"Allahyarham juga pernah menjadi Ketua Cawangan PAS selama 40 tahun, menjadi juru nikah dan merupakan Imam Masjid Kuala Jengal.

"Hilangnya permata yang begitu berharga buat semua yang mengenali arwah." ujarnya.

Menurut Haji Ghazali yang cukup mengenali beliau, antara amalan yang dari dahulu tidak pernah beliau tinggalkan ialah selalu berpuasa sunat Isnin dan khamis.

"Semalam pada hari khamis, allahyarham telah menunjukkan tanda-tanda 'dijemput pulang' ketika selesai berbuka puasa, terus rebah kerana tidak dapat menerima lagi makanan." tambah beliau .

Turut hadir Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Wan Ramli yang segera pulang daripada Kuala Lumpur setelah menerima berita kematian arwahyarham. 

Ustaz Wan juga sempat mengimamkan solat jenazah di tanah perkuburan Kuala Jengal.

"Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau di syurgaNya yang tertinggi," kata Haji Ghazali.

Ulasan