Peralatan Tentera Puluhan Juta Dolar Dirosakkan


Tentera AS merosakkan sejumlah pesawat dan kenderaan berperisai serta sistem pertahanan roket berteknologi tingi bernilai puluhan juta dolar di lapangan terbang Kabul sebelum meninggalkan negara itu pada Isnin. 

Ketua Komando Pusat, Jeneral Kenneth McKenzie berkata, 73 pesawat sudah tidak berguna, sebelum mereka menyelesaikan evakuasi dua minggu lalu. 

 "Pesawat itu tidak akan terbang lagi ... Ia tidak akan dapat dikendalikan oleh sesiapa pun," 

 "Sebahagian besar dari mereka bukan misi yang mampu dimulakan. Tetapi tentunya mereka tidak akan dapat diterbangkan lagi." katanya

Menurutnya, Pentagon membangunkan kekuatan hampir 6, 000 tentera untuk menduduki dan mengendalikan lapangan terbang Kabul ketika pengangkatan udara bermula pada 14 Ogos lalu. 

AS juga telah meninggalkan sekitar 70 kenderaan taktikal  berperisai (MRAP) yang dapat menelan belanja hingga $ 1 juta setiap satu 'dilumpuhkan' dan 27 Humvees.

"Kenderaan itu "tidak akan digunakan lagi oleh sesiapa pun," katanya.

AS juga kata beliau, meninggalkan sistem C-RAM, roket kontra, artileri, dan mortar yang digunakan untuk melindungi lapangan terbang dari serangan roket.

 "Kami memilih untuk mengekalkan sistem tersebut sehingga minit terakhir, sehingga pesawat AS terakhir berlepas," kata McKenzie.

 "Ini adalah prosedur yang rumit dan prosedur yang memerlukan masa untuk memecah sistem-sistem tersebut. Oleh itu, kami melakukan demiliterisasi sistem-sistem tersebut sehingga tidak akan dapat digunakan lagi." tambahnya. 


Ulasan