Perginya Sahabat Dan Guru.....



Perginya sahabat dan guru politik saya almarhum Ust Wan Ismail Wan JusohJam 12.30 tengahari  tadi. 

Kenalan saya semasa di UKM, saya di tahun satu Fakulti Islam. Almarhum tahun tiga di Fakulti yang sama. 

Almarhum masuk UKM setelah mengajar beberapa tahun. Almarhum memperolehi Sarjana Muda Kelas Pertama Dakwah Dan Kepimpinan, kemudian menjadi Pensyarah ITM (UITM)

Kemudian saya bertemu lagi dengan almarhum ketika menjadi pensyarah ITM pada tahun 1988 di Shah Alam.

Selepas PAS menang di Kelantan almarhum meletak jawatan untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Sebenarnya kami empat sahabat (DS Tuan Ibrahim, Almarhum, saya dan Tn Hj Zulkifli Mamat)  yang berkhidmat di ITM telah meletak jawatan sebagai pensyarah ITM untuk berkecimpung terus di dalam PAS.

 Selepas almarhum,  Tn  Hj  Zulkifli Mamat meletak jawatan untuk bertanding di PRK DUN Pulai Chondong Kelantan.

Selepas itu saya meletak jawatan pada tahun 1997 dan akhir sekali DS Tuan Ibrahim Tuan Man pada tahun 1999.

Semoga almarhum bersama dengan orang yang soleh. Saya menyaksikan bahawa almarhum orang yang baik dan pemurah

.Ustaz Idris Ahmad

Ulasan