Sebar Surat Rahsia Istana Cetus Huru Hara


KUALA TERENGGANU- Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyebarkan surat rahsia  daripada Yang di-Pertuan Agong(YDPA) kepada Perdana Menteri  sehingga tular di media sosial merupakan  satu usaha sengaja mencetuskan suasana huru hara dalam negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razab, berkata pendedahan tersebut tiada sewajarnya berlaku dan sangat tidak bertanggung jawab pada ketika ini. 

“Kami pihak DPPNT mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan surat ini didalam facebook yang dimiliki oleh Mahfuz Omar, Mujahid Yusof Rawa, Ayub dan juga Politician Buat Kelakar apa hari ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Negeri Terengganu, pada hari ini.

Beliau berkata, sikap ditunjukkan oleh PH berkenaan menjadi bukti dan tanda bertapa jahatnya usaha mereka yang boleh menggugat dan menjejaskan kestabilan negara.

“Dengan mewujudkan ketegagangan dan permusuhan diantara komponen kerajaan yang ada pada hari ini dan juga YDPA.

“Kami ingin menegaskan dan memohon kepada pihak berkuasa supaya menyemak dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang dinyatakan oleh kami pada hari ini,”katanya.

Katanya, pemuda juga turut membuat laporan terhadap tangkap layar perbualan whatsapp yang telah dihebahkan pada hari ini berkaitan dengan pembatalan ordinan darurat.

“Dimana ia dimuat naik melalui poster saraf yang mengandungi fitnah terhadap Perdana Menteri dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang dibuktikan melalui semakan aplikasi,”ujar beliau.

Ulasan