Syabas! Kerana Mempertahankan Kebenaran


Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas sumbangan dan keringat yang telah dicurahkan sepanjang memimpin 

Kerajaan Perikatan Nasional selama hampir 18 bulan. Walaupun tempoh kepimpinan yang singkat, Tan Sri telah melakukan yang terbaik untuk manfaat negara dan rakyat khususnya dalam menangani pandemic Covid19. 

 2. DUPP juga melahirkan kekesalan dengan kerakusan sesetengah pimpinan politik untuk mendapatkan kuasa tanpa mengira keresahan dan kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat, sehingga membawa kepada suasana politik yang tidak stabil dan harmoni serta mendorong kepada perletakan jawatan Perdana Menteri bersama Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.

3. DUPP juga menyambut baik ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesekali tidak berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang cuba untuk mengganggu gugat proses pentadbiran negara serta menginginkan berlakunya penyalahgunaan kuasa. 

4. DUPP mendoakan segala sumbangan yang telah diberikan oleh Tan Sri serta seluruh jamaah Menteri dan Timbalan Menteri diberkati dan diredhai Allah SWT. Semoga Allah SWT anugerahkan yang terbaik untuk Ummah dan negara. 

اللهم ول أمورنا خيارنا، ولا تول أمورنا شرارنا

"Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”

Ulamak Perteguh Muafakat

Islam Memperkukuh Perpaduan


YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Ulasan