Ulama Seru Rakyat Bersatu Hati

 


Dalam situasi pandemik Covid-19 yang semakin melonjak, Majlis Syura ‘Ulamak mengajak rakyat bersatu hati memberi mandat kepada kerajaan dengan sokongan barisan hadapan untuk menguruskan kesihatan rakyat dengan baik.

2. Marilah kita sentiasa berfikiran positif serta bersikap optimis bahawa kita pasti berjaya menghadapi saat sukar ini sebagaimana firman Allah Taala:

سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

Maksudnya: “dan Allah akan jadikan selepas kesukaran itu hadirnya kesenangan.” (Surah al-Talaq, ayat 7)

3. Perbezaan fahaman politik pada situasi pandemik ini sewajarnya diketepikan bagi mengelak krisis politik negara yang boleh mengganggu perpaduan rakyat dalam menghadapi pandemik.

4. Semua individu rakyat juga diseru tampil segera mendapatkan suntikan Vaksin agar kita berjaya mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat.

5. Marilah kita bersama meneruskan munajat dan doa kepada Allah agar pandemik Covid-19 ini segera berakhir

6. Antara yang boleh sentiasa dizikirkan ialah ungkapan:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksudnya: “Cukuplah Allah bagi kami (sebagai penolong) dan Dialah sebaik-baik pengurus (tempat berserah).”(Surah Aali Imran, ayat 173)

Zikir ini menggambarkan pergantungan dan penyerahan diri secara mutlaq kepada Allah dalam menghadapi ujian besar musibah yang melanda dunia ini.

Sekian, terima kasih.


Tuan Guru Dato’ Haji Hashim bin Jasin

Mursyidul ‘Am,

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


Tarikh: 5 Ogos 2021 / 26 Zulhijjah 1442H


 

Ulasan