Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN - Seramai 245 orang peserta tanah terkilan Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) Batu Putih menerima menerima borang 5A itu sebagai proses akhir untuk pemberian hak milik tanah.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata Kerajaan PAS Terengganu terus bergerak kehadapan, mengotakan janji manifesto dengan penyerahan borang 5A tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan 2004.
"Disamping itu premium sebenar yang perlu dijelaskan oleh peserta terkilan ini hanya 10 peratus daripada nilaian lot lama, dan ini merupakan penjimatan yang amat besar diterima oleh rakyat berbanding nilaian semasa.
"Ini adalah gambaran jelas bahawa kerajaan memang bersimpati dengan apa yang dihadapi oleh mereka yang sebelum ini mendapat tanah dan akhirnya dinafikan," jelasnya.
ADUN Rantau Abang itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Borang 5A Kepada Peserta Tanah Terkilan RTB Batu Putih pada Rabu 22 September di Balai Raya Kampung Alor Tempoyak di sini.
Seorang penerima, Shamsudin Mohamad, 68 berasa lega kerana berjaya mendapatkan kembali tanah yang pernah diberi oleh kerajaan PAS dulu.
"Saya ingat tiada harapan doh memandangkan ianya telah berlarutan begitu lama kiralah sejak 2004, tapi Alhamdulillahlah, saya akan segera membayar premium tanah, untuk selesai segera dan dapat geran," ujarnya dengan nada gembira.
Bagi Harun Mohd, 67 ianya amat bermakna kerana dia sendiri tidak menduga ianya dapat diselesaikan dengan Borang 5A, dengan bayaran premium tanah yang tidak ikut kadar sekarang.
" Alhamdulillah, lepas Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14), terus hubungi saya, pihak DUN terus buat kerja, hari ini baru selesai, maknanya tiga tahun mengambil masa untuk selesaikan, Alhamdulillah," katanya ketika dihungi hari ini.
Ulasan