15 September 2021

Cikgu Bazlan Tak Tahu Projek e-Book Gagal?


KUALA TERENGGANU - Dua kali ADUN Batu Rakit, Cikgu Bazlan Abdul Rahman Persidangan pada Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam menyebut, katanya, "zaman era ADUN Kijal dulu, beri e-Book kepada para pelajar".

Dari nada ucapannya, bersungguh beliau menyatakan perkara tersebut, katanya untuk meningkatkan akses internet kepada para pelajar, untuk sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah.

Amat bagus sikap beliau yang prihatin dan sensitif terhadap  keadaan semasa!

Cuma, mungkin beliau yang baru dua penggal sebagai wakil rakyat tidak menyemak keputusan atau catatan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu.

Persidangan DUN Terengganu, 14 Mei 2015, kerajaan Umno/ Barisan Nasional (BN) menyifatkan projek e-Book ratusan juta ‘gagal’. 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri ketika itu, Abdul Latif Awang bahawa program e-Book telah ditamatkan.

Menurutnya, projek e-Book yang dimulakan sejak tahun 2008 itu hampir 10 tahun diperkenalkan di negeri ini telah tidak diteruskan kerana banyak kelemahan. 

Katanya, kajian terperinci secara menyeluruh telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadaap keberhasilan penggunaan e-Book tersebut.

“e-Book telah diputuskan dalam mesyuarat kerajaaan negeri atau mesyuarat Exco, kita (kerajaan) tamatkan. Projek ini bermula tahun 2008 lagi dan tahun 2015 kita tamatkan.

“Perkara ini diambil inisiatif oleh Menter Besar (Ahmad Razif), sebagai langkah proaktif dan kerajaan negeri telah melantik konsultan untuk membuat kajian tentang keberkesanan projek e-book itu.

“Pada tahun 2014, satu kumpulan penyelidik dari Institut Darul Iman (Idaman) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), yang diketuai oleh Profesor Dr Ibrahim Mohamad.

Hasil dari kajian menyeluruh tentang keberhasilan penggunaan e-Book ini. Seramai 796 orang murid terlibat dalam kajian ini sebagai responden kita di 45 buah sekolah seluruh negeri Terengganu,” jelasnya






Tiada ulasan:

Ketepikan Perbezaan, Perbalahan Hanya Merugikan

KUALA TERENGGANU - PAS berpendirian, mengetepikan perbezaan adalah tindakan wajar kepada mana-mana parti politik Melayu, demi memastikan kes...