Dakwah Duta Kerajaan Madinah Tenggelamkan Pengaruh Rom

 


Rasulullah SAW menghantar para sahabat ke seluruh wilayah Islam, sama ada menjadi ketua atau pegawai untuk mengendalikan berbagai-bagai urusan.

Antaranya ialah:

1) Al Muhajir bin Umayyah bin Al Mughirah dihantar ke San'aa

2) Ziad bin Libaid Al Ansari ke Hadzramaut

3) 'Adiy bin Hatim ke Tae' dan Bani Asad

4) Malik bin Nuwairah ke Bani Hanzalah

5) Azzabarqan bin Badar dan Qis bin 'Aasim di daerah Bani Sa'ad yang dibahagi dua

6) Al 'Alaa bin Al Hadzrami di Bahrain dan lain-lain lagi.

Mereka ditugaskan bukan sahaja untuk menjadi pemerintah dan pemungut zakat, ghanimah, fae' dan jizyah, bahkan lebih daripada itu iaitu menyebarkan segala kebaikan yang ada dalam ajaran Islam secara praktikal sehingga menyebabkan seluruh Semenanjung Arab menjadi bumi Islam. 

Usaha yang dilakukan ini bukan sahaja menenggelamkan jahiliah yang bertapak selama ini, bahkan mereka berjaya memutuskan hubungan dengan dua kuasa besar jahiliah Kristian (Rom Timur) dan Majusi (Parsi). 

Kejayaan dan kebangkitan Islam ini telah menggerunkan mereka dan memaksa mereka mempertahankan kebatilan secara membuta tuli yang menunggu masa keruntuhannya.

Kuliah Dhuha Jumaat, 24 September 2021

Ulasan