DUN Tepoh Bekal Sejuta Liter Air Bersih Sehari


Oleh : Husnina Lutfi

KUALA NERUS - Sejumlah satu juta Liter air bersih disalurkan setiap hari, daripada tangki utama Dewan Serbaguna Tepoh pada untuk penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut sepanjang berlakunya gangguan bekalan. 

Pengerusi Majlis Tindakan (MTD) Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ia tidak termasuk agihan air daripada pili bomba yang menjadi antara sumber utama. 

"pengedaran air kepada penduduk melalui tangki statik yang telah ditempatkan di beberapa lokasi, 

"Dan juga kenderaan yang membawa tangki bergerak (mobile) untuk disalurkan ke rumah-rumah penduduk yang berkeperluan khas," jelasnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh itu berkata  demikian ketika menyampaikan taklimat kepada sukarelawan Pemuda, Jabatan Amal, Muslimat dan Ameerah dari DUN Paka dan Sura, pada Selasa 7 September.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN Paka, YB Ustaz Saiful Bahri Mamat. 

Kumpulan sukarelawan tersebut telah melaksanakan tugasan mengagihkan air minuman dan barangan keperluan asas di sekitar Kampung Banggol Tok Jiring. 

Mengulas lanjut Ustaz Hishamuddin menjelaskan, sebanyak 10, 687 akaun penduduk DUN terbabit, terputus bekalan air apabila paip utama di dasar sungai Terengganu pecah. 

"DUN Tepoh merupakan kawasan yang merekodkan jumlah akaun terjejas paling tinggi berbanding DUN lain di Kawasan Kuala Nerus," tambahnya.

Menurut beliau, sekitar 48,000 dozen botol 1.5 Liter air minuman telah disediakan dan diagihkan kepada semua penduduk terjejas. 


Ulasan