Oleh : Sazali Mohd Noor
Hati menjadi gusar melihat kepada paparan berita tentang kerajaan interim Afghanistan di dada maya, pelbagai sumber Timur dan Barat, menimbulkan suatu pertanyaan bagi KAMI, pengamal media kecil.
Barat terus-terusan, rata-rata menggunakan perkataan 'Taleban' merujuk kepada pemerintah interim Afghanistan, sudah pasti ada yang tersirat.
Mereka mahu menanamkan suatu pemikiran songsang tentang kumpulan tersebut
Terpancar ingatan bagaimana propaganda media Amerika Syarikat (AS) dan sekutu, mempalitkan momok hitam, Taleban menzalimi wanita dan kanak-kanak.
Sedangkan terdedah kenyataan, UK membuat bayaran pampasan untuk beratus-ratus kematian orang awam Afghan yang berkait dengan 'keganasan' angkatan bersenjata Inggeris.
Kementerian Pertahanannya hanya membayar £ 688,000 (RM 77932.25) untuk 289 kematian orang awam antara tahun 2006 sehingga 2014, pukul rata hanya £ 2,380 (RM13619.00) untuk satu nyawa!
Hanya dalam satu kes, sebuah keluarga dibayar hanya £ 104.17, lebih sedikit daripada yang lain yang diterima untuk kematian sekumpulan keldai.
Hampir 7,000 tuntutan pampasan yang dibayar oleh tentera Britain semasa operasi pertempuran di Helmand, Afghanistan, sehingga 2014 dianalisis oleh badan amal Action on Armed Violence (AOAV).
Membayangkan betapa kezaliman perikatan NATO membunuh secara wewenang orang Afghan yang tidak berdosa.
Mangsa termuda adalah seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang, menurut rekod, "dibunuh oleh kejutan" semasa operasi pembersihan lombong di Britain.
Sekurang-kurangnya 16 kanak-kanak adalah antara 289 kematian orang awam.
Kekejaman tentera AS tidak tamat setelah 20 tahun menjajah Afghanistan.
Pada saat kekalahan dan dihambat keluar oleh pejuang, AS sempat lagi membunuh kerabat sekeluarga dengan serangan drone di Kabul.
Walau secanggih dan hebatnya teknologi AS, Ezmarai Ahmadi secara salah dikenali oleh Washington sebagai militan "Islamic State" (IS).
Perisikan AS mengesan Toyota putihnya selama lapan jam pada 29 Ogos sebelum menyasarkan kereta dengan peluru berpandu yang mengorbankan tujuh kanak-kanak dan tiga orang dewasa.
Seorang jeneral tertinggi mengakui pada hari Jumaat bahawa serangan itu adalah "kesalahan tragis" dan dengan mudah, Menteri Pertahanan AS Lloyd Austin meminta maaf kepada saudara-mara mereka yang terbunuh.
Hampir 20 tahun selepas pencerobohan AS ke Afghanistan, kos perang globalnya terhadap keganasan berjumlah $ 8 trilion dan 900.000 kematian, menurut laporan baru dari projek Costs of War di Brown University.
Projek 'Costs of War' yang diasaskan lebih dari satu dekad yang lalu di Watson Institute for International and Public Affairs dan diarahkan bersama oleh dua sarjana Brown, mengeluarkan laporan tahunannya menjelang ulang tahun ke-20 serangan pengganas 9/11 di New York City.
Dorongan untuk usaha Amerika yang berterusan untuk membasmi keganasan di dunia tidak akan menghentikannya, memburukkan kerajaan Interim Afghanistan.
Justeru, satu usaha perlu diambil oleh 'keluarga dunia' yang prihatin untuk mengimbangi peranan media dan propaganda AS dan sekutunya, yang tidak pernah senang melihat satu negara lain menyaingi kuasanya sebagai 'polis global'.
Penghantaran bantuan makanan dan kewangan memang amat diperlukan untuk warga Afghan meneruskan kehidupan.
Namun hasrat dan usaha baik pemimpin pemerintah sementara Afghsnistan mestilah di uar-uarkan dengan usaha media, membuat liputan secara terus dari dalam 'tanah Afghan' itu sendiri.
Inisiatif Media Untuk Afghanistan (IMUA) atau Media Initiative For Afghanistan (MIFA) sangat perlu dalam situasi genting sekarang!
Ulasan