Keluar Dari Sifat Eksklusif


KUALA TERENGGANU – Semua anggota Muslimat di setiap peringkat perlu keluar dari sifat 'ekskusif', sedar dan memainkan peranan masing-masing sebagai ‘ejen penerangan’ yang baik agar masyarakat mendapat informasi yang sahih.

Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Hajjah Zarani Othman berkata, mereka mestilah sentiasa 'memberi pencerahan' maklumat kerajaan agar rakyat sentiasa didedahkan dengan kebenaran.

 “Setiap Muslimat PAS mestilah menyedari dan melaksana tugas serta  tanggungjawab rutin harian untuk melebarkan jaringan kepada masyarakat, 

“ubah kepada inklusif dengan menyertai sebanyak mungkin grup komuniti tempatan dan komited dalam menyebarkan bahan penerangan sekaligus memberikan impak kemenangan di dalam PRU 15,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini, mengulas program Konvensyen Penerangan & Media Baharu Muslimat PAS Pusat baru-baru ini. 

Menurutnya, Muslimat PAS mestilah bijak dan memanfaatkan segala platform yang ada dengan menyuasaikan diri dalam norma baharu.

“Muslimat PAS mestilah berjiwa besar dan terkehadapan dalam memanfaatkan peluang untuk mengetengahkan ikon-ikon pemimpin muslimat PAS sebagai pemimpin bagi wanita Malaysia khususnya dalam pemuafakatan Keluarga Malaysia,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru semua jentera parti agar menyelaraskan gerak kerja penerangan di semua peringkat untuk mencapai persefahaman terbaik bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.

“Menggerakkan diri dan muslimat di setiap peringkat untuk menyebarluaskan media parti melalui langganan Harakah dan E-Harakah.

“Serta menjadikan Portal Rasmi PAS dan HarakahDaily sebagai rujukan utama agar dapat memahami naratif parti dan mendapatkan informasi,” tambah Zarani lagi.

Ulasan