Moga Allah Merahmati Sahabatku Dan Guru Perjuanganku


Mendapat perkhabaran duka pemergian sahabat baik dan guru dalam perjuangan, Al-Fadhil al-Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah ke rahmatullah baru sebentar tadi. Moga Allah merahmati dan memberikan keampunan dosa kepada Allahyarham.

Jasa beliau membangunkan pusat pendidikan bersejarah, Institut Berakan dan juga Maahad Tahfiz wa Tarbiyah, Tok Jiring bersama Allahyarham Ustaz Dato' Abu Bakar Chik insyallah menjadi pahala jariah beliau yang panjang disamping pengajaran dan penulisan ilmu, dakwah dan perjuangan politik Islam yang beliau dokong sehingga ke akhir hayat.

Beliau gigih menyumbang bakti bersama Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Terengganu dan berpengalaman panjang menyumbang jasa kepada rakyat sebagai ADUN Tepoh dan Exco KERAJAAN Negeri Terengganu.

Pertemuan terakhir saya dengan beliau ialah pada 2 minggu lepas di rumah beliau ketika kunjungan ringkas. Masih terbayang wajah senyum dan ceria beliau ketika itu meskipun masih uzur.

Moga Allah merahmati sahabatku dan guru perjuanganku yang digamit pergi ke rahmatullah pada malam Jumaat yang barakah ini... 


Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Jumaat 10hb September 2021

Ulasan