Pemuda Menjunjung Tinggi Dan Menyokong Penuh Titah Tuanku


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menjunjung dan menyokong penuh titah Tuanku Sultan Terengganu sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14, pada 13 Seotember, 2021, semalam. 

Oleh itu Ketuanya, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razab berharap agar semua pihak, terutamanya penjawat awam sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Sebagaimana titah Tuanku, memberi peringatan tersebut, sentiasa cakna  supaya dan mampu memberi perkhidmatan terbaik . 

"Asas kecemerlangan ini mestilah bersikap profesional dengan bersatu dan ketepikan perbezaan politik," ujarnya.

Kata beliau, Tuanku juga sangat prihatin terhadap nasib rakyat dan menitik beratkan kesejahteraan rakyat.

"Bagi pihak pemuda kita merayu agar rakyat tidak mengambil mudah penularan Covid-19, jangan pandang mudah.

"Mohon semua jaga SOP kerana varian baru Delta kini sudah merebak ke seluruh daerah,' katanya ketika dihubungi.

Justeru, Pemuda menjunjung tinggi keprihatinan Tuanku yang amat peka kepada nasib rakyat, dengan sentiasa menyokong langkah kepimpinan kerajaan negeri membantu mereka yang menghadapi kesukaran.

"Ampun Tuanku, sokongan Tuanku tepat masanya supaya kegiatan ekonomi negeri terus kembali berdaya saing. 

"Pemuda menyarankan kerajaan melipatgandakan usaha dan berdoa  agar langkah dan pelan pemulihan ekonomi diberkati Allah dan amat berkesan kepada kehidupan rakyat," tambah beliau.

Ulasan