Perlu RM1.4 juta Untuk Struktur Bumbung


KUALA TERENGGANU - Pembinaan Pasar Raya Wakaf Ummah bernilai RM12 juta, memerlukan RM1.4 juta untuk struktur bumbung.

Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata, pembangunan premis   di Dungun itu, telah disiapkan 41 peratus.

"Dana terkumpul setakat bulan September 2021 adalah RM3.4 juta,  dan kita memerlukan dana sekaligus RM1.4 juta untuk Struktur bumbung," ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Oleh itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, satu Majlis Pelancaran Dana Fasa 2, pada Ahad, 3 Oktober 2021.


"Pelancaran akan disempurnakan pada jam 3.00 petang oleh Timbalan Presiden YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air,

"untuk menggerakkan lagi pendanaan pasca Pelan Pemulihan Negara apabila sektor pembinaan sudah boleh beroperasi untuk memulakan kembali kerja-kerja pembinaan yang tertangguh sejak Mei disebabkan PKP." jelasnya 

Justeru beliau menyeru orang ramai, khususnya ahli dan penyokong PAS untuk sama-sama meningkatkan 'saham akhirat' dengan berwakaf kepada pembinaan pasar raya tersebut.

"Bagi yang nak menyumbang secara terus boleh melayari laman sesawang Wakaf Ummah, https://www.wakafummah.com/wakaf-ummah-3/," tambah beliau.

Ulasan