Sasar 53 Peratus SSL Melalui Pengeluaran Padi


Oleh : Adli Mohamad dan Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Kerajaan PAS Negeri Terengganu memberikan tumpuan memastikan 53 peratus kadar cukup sara diri (SSL) rakyat, dapat dicapai melalui pengeluaran padi pada tahun ini .

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Negeri Terengganu YB Dr Azman Ibrahim berkata,  pencapaian terkini melalui unjuran semasa adalah realiti, meningkat kepada 48.6 peratus.daripada 43 peratus pada tahun lalu.

Katanya, fokus utama melalui sektor tersebut adalah bagi memastikan negeri ini memiliki sumber makanan sendiri.

“menjadi dasar kerajaan seboleh-bolehnya tanah sawah yang ada akan kita pertahankan khususnya yang ada dalam Kawasan jelapang padi.

"Terutama di Besut merupakan di antara yang utama menghasilkan kira-kira 80 peratus pengeluaran beras Negeri ,” ujarnya,

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa neger berkata demikan pada program Ceramah Khas Sidang DUN, Anjuran Lajnah Penerangan & Media Baharu PAS Dungun, pada Sabtu 18 September.

Katanya, memiliki jaminan keselamatan makanan adalah keutamaan untuk negara dan negeri ini secara khususnya.

Oleh itu, kata beliau, pelbagai inisiatif telah digerakkan dalam membantu meringankan beban petani yang terkesan akibat pandemik. 

“Pada tahun ini kita sediakan sebanyak RM1 juta untuk Tabung Bencana Pertanian supaya rakyat menghadapi musibah boleh kita santuni.

“Walaupun kita tidak mampu membayar ganti rugi sepenuhnya, pemberian sagu hati ini kita harapkan agar sekurang-kurangnya rakyat kita rasa suka dan merasakan ada orang menyayangi mereka iaitu kita sebagai sebuah kerajaan yang berperanan sebagai ayah kepada rakyat,” ujarnya lagi.


Kerajaan Terengganu Bukan 'Syok Sendiri'

Justeru, tambah beliau kerajaan yang mentadbir hari ini, bukanlah pemerintah yang 'syok sendiri'. 

Sebaliknya, kata AJK Kerja PAS Pusat itu, pemimpin dan kakitsngan kerajaan memastikan setiap dasar dilaksanakan  dan bermanfaat kepada rakyat. 

Kata Dr. Azman, sebagai pembuat dasar,  beliau mengambil inisiatif turun padang mengenal pasti sejauh mana rakyat dibantu dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. 

"Kaedah yang kami gunakan dalam keluarga besar pertanian ialah jabatan - jabatan, pengarah-pengarah jabatan, ketua - ketua jabatan mesti berada di lapangan bersama rakyat. 

" Dan kita jangan duduk dalam situasi sindrom menafikan atau 'denial syndrome', apa - apa yang rakyat timbul kita menafikan, 'bukan begitu sebenarnya begini' , kita tidak akan selesai dengan menafikan", jelasnya yang juga Penolong Setiausaha II PAS Terengganu. 

Turut sama di dalam program tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya II BPPNT, Ustaz Satiful @Saiful Bahri Mamat, Pengarah MTD Rantau Abang, Cikgu Alias Harun dan Naib Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani.



Ulasan