Semarakkan Hari Malaysia!


KUALA TERENGGANU - PAS menyeru semua pihak untuk bersana menyemarakkan rasa cinta terhadap negara dan meraikan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, pejuangan menuntut kemerdekaan termasuk oleh para alim ulama perlu dikenang oleh generasi muda hari ini. 

"Marilah sama-sama kita tanamkan rasa cinta akan negara dan memperingati perjuangan pejuang terdahulu dalam membebaskan negara tercinta ini dari penjajah." tegasnya. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian selepas menyertai Program Sepakat @ Komuniti Daerah Kuala Terengganu hari ini. 


Program bersama Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu itu telah mengedarkan jalur gemilang dan makanan tengah hari kepada komuniti di Shell Wakaf Mempelam.

Turut serta ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu yang juga Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman, Ustaz Mohd Soud Said dan Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Puan Rusmiza binti Anuar.

Ustaz Wan menyifatkan program tersebut wajar dianjurkan oleh pelbagai pihak dalam bulan kemerdekaan ini. 

"Tahniah buat Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu atas penganjuran program yang begitu baik ini dalam mendekati komuniti setempat." ujar beliau. 

Ulasan