Terima Kasih, Beri Bantuan Kepada Guru Agama


 Oleh : Afiq Fami

DUNGUN - PAS Dungun bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang telah memberi bantuan sara hidup kepada para guru  tahfiz, pondok dan sekolah agama. 

Yang Dipertuanya, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, golongan sasar meliputi guru institusi pendidikan Islam berdaftar itu menerima RM 800 setiap seorang secara ‘one-off’ bagi membantu mereka mendepani kesukaran  beban pandemik Covid-19.

“Sejak tahun 2017, Kerajaan Persekutuan juga telah menyediakan peruntukan khas secara ‘one-off’ bagi tujuan selenggara dan naik taraf institusi tersebut.

“Pada tahun ini kerajaan sekali lagi menyalurkan bantuan bagi tujuan yang sama dan sehingga Ogos 2021 sebanyak RM 60 juta telah diberikan kepada 1,066 buah institusi yang layak,” ujarnya.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata demikian, mengulas mengenai jawapan yang diberikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Ustaz Idris Ahmad, ketika dihubungi pada Isnin, 27 September.

Oleh itu, kata beliau, perutukkan RM10 yang diagihkan kepada setiap murid warganegara telah membantu pengurusan operasi tempat pengajian agama terbabit. 

“tahniah kepada Ustaz Idris yang juga Naib Presiden PAS kerana memberikan jawapan secara terperinci dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 23 September yang lalu.

“menunjukkan bahawa kerajaan ini sentiasa berusaha dalam memastikan institusi pendidikan tahfiz, pondok dan sekolah agama di negara ini kekal berdaya saing selari dengan Pendidikan arus perdana,”ujarnya lagi.

Ulasan