Asal Liberalisme


Akhir-akhir ini muncul pula ajaran baru yang meletakkan jenama Islam bersamanya iaitu Islam Liberal.

Ajaran ini mengikut pengaruh barat iaitu Liberalisme yang berkonsepkan kebebasan daripada ikatan agama dan akhlak bagi membebaskan manusia bergerak maju mencapai kejayaan hidup dalam segala lapangan.

Asal ajaran ini ditujukan terhadap agama Kristian di barat yang telah pun mencipta fahaman sekularisme tetapi ada lagi kalangannya yang masih berhubung dengan agama dan akhlak yang dianggap menyekat kebebasan manusia dan menghalang kemajuan.

Mereka berusaha mempengaruhi umat Islam dengan teori yang sesat ini. Maka beberapa istilah yang disebut dalam Islam dikelirukan dengan menggunakan akal tanpa merujuk kepada sumber ajaran Islam yang mengawasinya. 

Di antaranya ialah mengambil kesempatan daripada kesempurnaan Islam yang berkonsep alam sejagat, kebebasan atau kemerdekaan, keadilan, persamaan (المساواة), keseragaman dan akhirnya Rahmatan lil Alamin dan lain-lain dengan pendekatan yang mengheret keluar daripada landasan aqidah, syariat dan akhlak yang sempurna dalam ajaran Islam.

Kuliah Dhuha Jumaat, 01 Rabi’ul Awwal 1443.

Ulasan