11 Oktober 2021

Hakim Zulfikri Kekal Ketua Pemuda PAS Besut


BESUT - Hakim Zulfikri kekal menerajui Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut (DPPKB) apabila menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda bagi sesi 2021-2023.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Nik Ma Nik Adek di dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPKKB di Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (KODIM) pada 9 Oktober 2021.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda telah disandang oleh Mukhlis Hasin dan Naib Ketua Pemuda telah disandang oleh Hafiz Yusoff apabila kedua-duanya menang tanpa bertanding.

Mohd Syazni Razak yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap apabila beliau sudah melepasi had umur pemuda.


Hakim Zulfikri dalam ucapan perasmian menyeru kepada semua pemuda PAS agar sentiasa bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan dating.

“Pemuda PAS perlu menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada  anak-anak muda di kampung.

“Selain itu juga pemuda PAS perlu mempunyai ilmu agama dan jangan tinggal Al Quran supaya menjadi panduan dalam perjuangan ini”, ujar Hakim Zulfikri.

Antara Jawatankuasa Kerja yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPKKB ialah Azizudin Aziz, Luqman Hakim Hashim, Abd Aziz Che Kob, Syukri Mohd Zin, Mardi Yusof, Safwan Sukeri dan Hilmi Hamdan.

Tiada ulasan:

Mohd Harun Ketua Pemuda PAS Terengganu Baharu

 HULU TERENGGANU - Mohd Harun Esa sebulat suara dipilih sebagai Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bagi penggal 2021-20...