Keputusan Mahkamah Israel Percik Api Kemarahan

 


Keputusan mahkamah Israel pada hari Rabu yang menganggap bahawa sembahyang senyap Yahudi di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa bukan "tindakan jenayah" telah memicu ketakutan di kalangan rakyat Palestin. 

Langkah itu dilihat sebagai permulaan untuk memecahbelahkan tempat suci antara umat Islam dan Yahudi dari segi waktu  dan ruang.

Keputusan yang belum pernah terjadi sebelumnya oleh hakim Mahkamah Majistret Yerusalem, Bilha Yahalom, dikritik oleh Organisasi Kerjasama Islam (OIC) sebagai haram dan provokatif.

 "Keputusan haram seperti itu merupakan serangan yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap hak keagamaan bangsa Islam dan warisannya, provokasi terhadap perasaan umat Islam di seluruh dunia, dan pelanggaran kebebasan beribadah dan kesucian tempat suci,"  kata Ketua Setiausahanya Yousef Al-Othaimeen dalam satu kenyataan pada Khamis.

Keputusan hari Rabu adalah yang pertama oleh mahkamah Israel, menyokong ritual Yahudi di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

 Baru-baru ini, peneroka Israel mula menunaikan penyembahan tanpa suara semasa lawatan mereka ke tapak suci umat Islam itu. 


Langkah Haram Israel 

Walaupun keputusan itu disambut baik oleh sayap kanan Israel, ia mencetuskan reaksi marah di kalangan warga Palestin. 

Umat Islam sekuruhnya menentang keras setiap tindakan yang bertujuan untuk mengotorkan Baitul Maqdis dan  menganggapnya sebagai pelanggaran terhadap situasi sejarah. 

Tidak pernah orang Yahudi melakukan penyembahan di masjid al-Aqsa sejak pemerintahan Uthmaniyyah, di bawah mandat Inggeris dan pemerintahan Jordan, hingga awal penjajahan Israel pada tahun 1967.

Tercatat dalam sejarah yang ada, solat di masjid hanya terhad kepada orang Islam, sementara orang bukan Islam boleh mengunjunginya sebagai pelancong dan pentadbiran masjid adalah khusus untuk Jabatan Wakaf Islam.

Polis Israel telah menutup mata terhadap ritual keagamaan yang dilakukan oleh para pendatang yang mengganggu, berlaku secara beransur-ansur pada waktu-waktu tertentu, pada waktu pagi dan setelah solat siang.

Bercakap dengan Agensi Anadolu, mantan mufti, Sheikh Ekrima Sabri menegaskan keputusan mahkamah itu "tidak sah." 

"Mahkamah tidak berhak mencampuri urusan Masjid Al-Aqsa," katanya.

 "Mahkamah Israel tidak memiliki bidang kuasa berkenaan dengan Masjid Al-Aqsa," kata syeikh itu, mengatakan keputusan itu "adalah pendahuluan skema jenayah pembahagian sementara dan ruang masjid."

Beliau memperingatkan Israel untuk tidak menganggu kesucian Masjid Al-Aqsa kerana maruahnya adalah 'terletak di tengkuk semua umat Islam."

Pemimpin dan organisasi Muslim lain di Yerusalem juga mengutuk keputusan tersebut

Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani menyatakan kebimbangan sesungguhnya pelampau Israel mempunyai cita-cita yang lebih besar di sebalik keputusan itu.

 "Kami mengambil keputusan dan akibatnya dengan serius. Buat masa ini, ia mengizinkan ritual (diam), tetapi apa yang terjadi setelah itu? Penjajahan dan pelampau mempunyai cita-cita yang lebih besar daripada itu." tegasnya. 

Bagi umat Islam, Al-Aqsa mewakili tapak ketiga tersuci di dunia dan rang Yahudi, dari pihak mereka, mendakwa kononnya kawasan itu sebagai "Temple Mount", lokasi dua kuil Yahudi pada zaman kuno. 

 Orang Yahudi juga secara terang-terangan mengatakan bahawa mereka berusaha untuk mendirikan kuil yang didakwa di runtuhan Masjid Al-Aqsa.

 Al-Kiswani menambah, keputusan mahkamah itu tidak peduli dengan perasaan umat, secara tergesa-gesa  kumpulan peneroka haram mahu melaksanakan keputusan tersebut.

 "Para peneroka haram yang mengganggu melakukan ritual  Talmud lebih kerap sekarang kerana ditawarkan perlindungan oleh polis Israel," lanjut al-Kiswani.


 Status quo Al-Aqsa

 Walaupun pemerintah Israel berturut-turut secara lisan mengulangi komitmen mereka terhadap "status quo" Al-Aqsa dengan menghormati status sejarahnya yang ada, namun melanggarnya.

Peguam sayap kiri Israel dan aktivis Daniel Seidman bersetuju dengan Palestin.

 "Terdapat beberapa penafsiran tentang keadaan semasa di Masjidil Haram (Al-Aqsa), tetapi semua orang memahami bahawa itu bermaksud orang Islam bersolat (di dalamnya) dan orang bukan Islam menziarahinya," kata Seidman. .

Dia menambahkan: "Tetapi status quo ini telah terhakis dalam beberapa tahun kebelakangan, dengan penyembahan  Yahudi dilakukan, dan polis Israel menutup mata, bukan mempertahankan status quo."

 Seidman memberi amaran bahawa penghakisan status quo ini menimbulkan masalah serius yang memetik serangan Al-Aqsa oleh peneroka haram yang digabungkan dengan pengusiran penduduk kejiranan Sheikh Jarrah terhadap antara bulan April dan Mei dan bagaimana mereka menyebabkan konfrontasi ganas dan satu lagi pertempuran Israel-Gaza.

 "Sebabnya ialah perasaan bahawa Masjid Al-Aqsa sedang berubah dari tapak Islam di mana orang bukan Islam hanya masuk sebagai pelancong, ke laman gabungan Islam-Yahudi," jelas Seidman.

 "Keputusan pengadilan sangat berbahaya," Seidman mengingatkan.

 "Status quo mesti dipulihkan, jika tidak, akan ada darah."

Ulasan