DUNGUN - Pemuda PAS diseru agar kembali memperbetulkan niat melibatkan diri dalam parti Islam itu, adalah hanya kerana Allah semat-mata.
dimana perlu memikul dan menggalas tanggungjawab untuk memenangkan Islam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, kerja asasi anggota adalah memikul dan menggalas tanggungjawab untuk memenangkan Islam
Tegasnya, memperjuangkan agama suci itu bukanlah satu 'kerja main-main' sebaliknya ada perkiraan disa dan pahala.
"tarbiah perlu diperkasakan, apa sahaja ujian dan cabaran yang dihadapi, kita mohon kepada Allah agar istiqamahkan diri dan jiwa kita, dimana Rasulullah sering menekankan soal menjaga hati seterusnya ia dapat menjaga parti kita.
"Jangan disebabkan jawatan, harta benda menyebabkan kita terlupa dan rebah, maka saya menyeru agar anak-anak muda hadir pada setiap program, dekatkan diri kepada Allah jaga solat berjemaah, baca al-Qur'an, rapatkan hubungan diantara sesama anak muda." jelasnya.
Beliau berkata demikia, ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Pemuda PAS Dungun (DPPKD) di sini, pada Sabtu, 9 Oktober.
Oleh itu, beliau menyeru agar para pemuda menjadi mata rantai, menyambung perjuangan Rasulullah mengakkan Islam yang syumul.
"Berdoalah kepada Allah agar MAT pada tahun hadapan dapat dijalankan sepertimana biasa, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Panitia Tahunan DPPKD pada kali ini," ujarnya yang kekal mengemudi DPPKD setelah menang tanpa bertanding.
Ulasan