14 Oktober 2021

Mesyuarat Agung Norma Baharu, Muslimat Tetap Bersemangat.


Oleh : Azizah Mahmood 

KUALA TERENGGANU  -  Walaupun Mesyuarat Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ini diadakan secara norma baharu dalam suasana "hibrid" iaitu bersemuka dan atas talian tetapi muslimat yang hadir tetap bersemangat.

Mantan Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, Shamsiah Abu Bakar melahirkan keyakinan tersebut demi parti dan jemaah PAS yang disayangi. 

"Saya merakamkan tahniah pada semua muslimat perwakilan dan pemerhati di mana pun berada, walaupun tidak dapat berhimpun saya yakin perwakilan semua hadir di setiap tempat yang ditetapkan dengan semangat yang satu iaitu demi parti dan jemaah PAS yang kita sayang, "katanya. 

Shamsiah yang juga Pengarah Pilihan Raya, Muslimat PAS Terengganu itu juga berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Terengganu kali ke-39 di sini pada 9 Oktober. 

Mengulas lanjut, Shamsiah berkata, pada tahun ini kita semua diuji dengan pendemik di mana banyak program tidak dapat di laksanakan. 

"Walau bagaimanapun muslimat semua hendaklah terus memperkemas strategi dan merancang gerak kerja dalam kita mempertahankan kemenangan di Terengganu amnya dan khasnya di Kuala Terengganu," ujarnya lagi. 

Mesyuarat kali ini, menyaksikan perubahan Ketua  Muslimat yang baru iaitu  Zuraida Md Noor yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua  Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Tiada ulasan:

Mohd Harun Ketua Pemuda PAS Terengganu Baharu

 HULU TERENGGANU - Mohd Harun Esa sebulat suara dipilih sebagai Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bagi penggal 2021-20...