Mok Su'Terima Anugerah Tokoh Istiqamah


KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Fatimah Ismail, 92 atau lebih dikenali ' Mok Su ' telah menerima Anugerah Tokoh Istiqamah oleh Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Malaysia (DMPM) sempena Muktamar Tahunannya. 

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata Mok Su telah banyak menyumbang kepada Dewan Muslimat PAS dan masyarakat amnya. 

"Beliau pernah memegang beberapa jawatan di dalam Dewan Muslimat PAS termasuk pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat Negeri Terengganu pada tahun 1973 hingga 1989. 

" Beliau juga antara tokoh pelopor muslimat yang terawal dalam perjuangan muslimat di Negeri Terengganu," katanya lagi. 


Nuridah berkata demikian ketika mengumumkannya di Muktamar Agung Tahunan Muslimat Malaysia kali ke-61 yang diadakan di Dewan Pejabat Agung PAS di sini hari ini. 

Disebabkan faktor kesihatan anugerah berkenaan telah  disampaikan terlebih dahulu di rumahnya di Kampung Rusila, Marang. 

Muktamar yang diadakan secara 'hibrid' itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden  PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan seramai 758 orang perwakilan dari 182 kawasan menghadiri ya secae atas talian dari tempat masing-masing. 

Sementara itu, Mok Su yang merupakan isteri kepada Almarhum Mantan Menteri Besar Terengganu,  Daud  Abdul Samad mengingatkan berjuang untuk mengangkat Islam adalah satu kewajipan sebagaimana diwajibkan solat dan puasa. 

"Berhati-hati dalam setiap perkara yang ingin dilakukan,sebab malaikat sentiasa ada di kiri kanan kita, malaikat yang mana banyak yang menulis perbuatan kita," kata ibu kepada 13 orang anak itu.

Ulasan