NGO Sokong Kaji Semula Projek 'Sunrise City'


 KUALA TERENGGANU - Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyambut baik keputusan kerajaan negeri Terengganu, mahu mengkaji semula projek bandar atas laut, Sunrise City.

Setiausaha Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) Amaturrahman Mat Jaafar berkata, setiap projek yang ingin dilaksanakan mestilah dapat memberi impak kepada masyarakat.

“khususnya golongan belia dan rakyat kelas pertengahan yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19, Sunrise City juga di harap dapat menjana pelbagai sektor ekonomi, bukan sahaja pelancongan semata-mata,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Amaturrahman menambah, sudah ada banyak lokasi tumpuan pelancongan mahu pun di daratan atau pulau-pulau lautan yang lebih baik ditumpukan oleh kerajaan negeri.


Sementara itu, Pengerusi KT Care, Azizah Mahmood berkata, projek tersebut yang melibatkan tebus guna kawasan laut itu amat bahaya dan memberi kesan kepada alam sekitar.

“kita sudah ada pengalaman lalu, apabila projek pemanjangan landasan bagi Lapangan Terbang Sultam Mahmud, telah menyebabkan hakisan pantai yang teruk,

“sehingga hari ini masalah tersebut belum selesai dan kerajaan terpaksa membelanjakan ratusan juta ringgit pula bagi membina pemecah ombak dan menambak pantai di Tok Jembal, Mengabang Telipot dan Batu Rakit,” kata Azizah. 

Oleh itu, sayugialah sekiranya, kata beliau, projek diluluskan oleh kerajaan Umno-BN yang lalu itu dihentikan dan disemak semula perjanjian, agar tidak merugikan kerajaan dan rakyat.


Minggu lalu, kerajaan PAS Terengganu menegaskan, projek yang telah diluluskan oleh pada tahun 2017 sedang diteliti semula, samada akan diteruskan ataupun sebaliknya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, keputusan yang akan dibuat, mengambil kira beberapa faktor diantaranya dikhuatiri akan menganggu alam sekitar.

“Kita pohon rakyat jangan bimbang dan runsing jika tidak bersetuju, rakyat melihat akan berlaku risiko dan dinilai akan menjejaskan alam semulajadi, merosakkan pantai dan keindahan yang ada.

"Sebagaimana sebelum ini dengan projek pembesaran lapangan terbang diketahui telah memberikan kesan.


“Jangan bimbang kerajaan yang ada pada hari ini sangat komited dalam memastikan alam sekitar tidak terjejas dengan pembangunan-pembangunan yang tidak sepatutnya,” jelasnya.

Beliau yang juga Bendahari PAS Negeri Terengganu berkata demikian, ketikabersiara di TV Darul Iman, pada 30 September.

Ujarnya, jika projek itu hendak ditamatkan segera beberapa tindakan tertentu perlu difikirkan.

“Kerajaan sendiri sehingga hari ini belum berhasrat (sebenarnya) untuk meneruskan projek ini, kena lihat dahulu apakah tindakan dari pihak pamaju sekiranya dibatalkan projek ini,” katanya.

Tegasnya lagi, kerajaan dahulu membuat sesuatu projek hanya mementingkan keuntungan tanpa melihat risiko yang akan berlaku kepada alam sekitar di negeri ini malah telah banyak projek yang terbengkalai.

“Projek ini dibangunkan dengan tambun tanah di laut, berhampiran ‘Drawbridge’ bagi didirikan rumah atau hotel bagi menjadikan lautan itu umpama kota, itu gambaran zahirnya sahaja.

“Dimana telah diluluskan sebuah kawasan kepada satu pemaju untuk membangunkannya, cantik melihatkan gambaran yang dibuat, kajian yang dijalankan juga tiada tamat tempoh dan akan sentiasa berjalan mengikut kelulusan asal yang tidak menetapkan sebarang tempoh.

“Walaupun demikian ia belum mendapat kelulusan Badan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA),” tegas beliau.

Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata. Sunrise City  adalah diantara 71 projek berskala mega kerajaan Umno-BN yang dilancarkan sebelum kalah pada pilihan raya umum 2018.

“kononnya bagi menjadikan negeri ini pertama di Asia Tenggara memiliki bandar atas laut,” tambahnya

Ulasan