Pulau Kapas Pilihan Ameerah

 


Oleh : Pyang Mamat

MARANG - Sebuah pulau yang indah terletak diperairan daerah Marang iaitu Pulau Kapas menjadi destinasi percutian Ameerah Kijal pada kali ini sebagai tempat rehlah mereka bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pengerusi Ameerah Kijal, Rumayso' Salwani Abdullah amat teruja kerana inilah pertama kali dia menjejak kakinya di pulau berkenaan bersama keluarga.

"Inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana dapat beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan seorganisasi di pulau ini.

Jawapan positif darinya bila ditanyakan tentang kos perbelajaan dan prasarana yang disediakan dipulau tersebut.

"Pakej percutian kali ini amatlah berbaloi, tidaklah terlalu mahal dengan prasarana yang disediakan amat memuaskan hati disamping banyak aktiviti sukan air yang ditawarkan.

"Pantainya yang bersih, ada kemudahan asas seperti tandas, surau, tempat makan dan keselamatan pengunjung ketika berada diair amat dititikberatkan," katanya ketika ditemui oleh pemberita di Jeti Marang kelmarin.

Rumayso' Salwani bersama keluarga dan rakan-rakannya seramai lima puluh orang berkonvoi dengan kereta daripada Kemaman untuk bercuti di Pulau Kapas sempena Hari Keluarga Ameerah Kijal.

Sebelum itu, mereka telah bermalam di Kampung Tok Adis dengan menyewa rumah tumpangan dan melakukan beberapa aktiviti disana.

"Kepada mereka diluar sana yang ingin bercuti, bolehlah rancang percutian anda dengan datang ke Pulau Kapas bersama keluarga. Pasti tidak menghampakan," ujarnya.

Ameerah merupakan salah satu organisasi wanita muda yang bernaung dibawah Dewan Muslimat, Parti Islam Semalaysia, PAS.

Ulasan