PAS Lahirkan Muslimat Tani Serba Boleh


Oleh : Noreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU - Menerusi program Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS), Muslimat PAS lahirkan kelompok petani yang serba boleh. 

Pengerusi LATAS Muslimat Rohani Awang berkata, mereka bukan sahaja bercucuk tanam di sekeliling rumah, di kebun dan ladang yang luas bahkan juga bertani di dalam rumah menggunakan teknik 'hidroponik' . 

"Mereka juga terlibat dengan penanaman fertigasi, mereka berjaya menambah pendapatan keluarga dengan menjual hasil tanaman mereka. 

"Program yang kita anjurkan bukan sahaja disertai ahli - ahli PAS tetapi juga masyarakat setempat, " katanya ketika dihubungi di rumahnya semalam. 

Tambahnya lagi, kursus berkaitan perikanan juga turut dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. 

" Selepas kursus  mengikuti kursus membuat bebola ikan, ada Muslimat telah mula berjinak - jinak dengan perniagaan iaitu dengan menyediakan bahan tersebut untuk dijual," katanya. 

Manakala Ketua Muslimat PAS Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othan memuji LATAS yang banyak mengadakan program sehingga membuka minda mereka untuk mengisi masa dengan bertani. 

"Saya mengucapkan tahniah kepada pengerusi LATAS kerana mengerakkan lajnah ini sebaiknya walaupun di era Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

"Semoga terus dimanafaatkan dan tidak berakhir di sessi ini." ujarnya. 

Zarani berkata demikian ketika berucap di Majlis Santai Meraikan Ahli Jawatankuasa LATAS yang diadakan di Duyong, di sini Selasa, 5 Oktober. 

Turut memeriahkan majlis ini ialah  Timbalan Ketua Muslimat Terengganu, Raja Hindun Ab Rahman dan juga penolong setiausahanya Norizan Husin.

Ulasan