PAS tetap optimis Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) akan menuju penyatuan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum penamaan calon.
MN dan PN adalah dua entiti yang penting dalam negara kerana masing-masing mempunyai peranan yang perlu dipertahankan dan diperkukuhkan.
Turut hadir ketika Majilis Pelancaran Gempur Perikatan Nasional Melaka semalam adalah Setiausaha Agung PN, Dato' Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, tiga Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin serta Presiden GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.
Ini menunjukkan MN dan PN perlu terus bersatu padu dan bekerjasama bukan hanya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) malah di PRN juga.
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Naib Presiden PAS
Ulasan