PRN Melaka; PAS Sedia

 


KUALA TERENGGANU - PAS bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah mendepani pilihan raya negeri (PRN) sekiranya dilaksanakan.

Presidennya, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mengikuti perkembangan politik di Melaka dan kesal dengan situasi yang berlaku.

"PAS melahirkan kekesalan di atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik ini." tegasnya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam satu kenyataan media, semalam.

Pada masa sama, PAS telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya tersebut. 

"Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS, dengan dibantu oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka." jelas beliau.

Ulasan